Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Lds Termite & Pest Control
Fogging ;
Kaedah Pencegahan Denggi, Membasmi/Membunuh Nyamuk Dewasa, Mosquitoes Control
Semburan kabus (fogging) yang dilakukan di kawasan perumahan biasanya dikelolakan oleh agensi kerajaan dan/atau pihak berkuasa tempatan di bawah Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor. Proses semburan kabus (fogging) hanya akan dibuat apabila timbul kes denggi di sesuatu kawasan yang terlibat.
Namun, orang ramai mempunyai alternatif lain bagi mendapatkan khidmat semburan kabus (fogging) iaitu melalui servis yang ditawarkan oleh syarikat kawalan serangga perosak. Walaupun dikenakan bayaran, kebanyakan permintaan datang dari syarikat atau organisasi swasta yang memerlukan perkhidmatan secara berkala atau segera.
1. APA ITU SEMBURAN KABUS (FOGGING)?
Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.
2. BAGAIMANA CARA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?
Semburan kabus (fogging) dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. la akan dilakukan di dalam dan di luar kawasan premis bangunan atau kediaman kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin 'Thermal Fogger".
3. BILAKAH WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN SEMBURAN KABUS (FOGGING)?
Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktuawal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan kabus (fogging)
4. BERAPA KEKERAPAN SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?
la akan dilakukan apablla kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang selepas 7-10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.
5. ADAKAH SEMBURAN KABUS SATU KAEDAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH PENULARAN DENGGI?Semburan kabus bukan penyelesaiannya untuk mengurangkan kes demam denggi. Aktiviti semburan kabus merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan bukannya langkah paling utama. Walaupun cara ini berjaya membasmi dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa, ianya hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja.
SEMBURAN KABUS (FOGGING) GAGAL JIKA:
1. Operasi dilakukan semasa cuaca terlalu panas.
2. Operasi dilakukan dalam keadaan cuaca yang sangat berangin.
3. Operasi diteruskan semasa waktu hujan lebat.
No comments:
Post a Comment