Friday, 4 May 2018

KAWALAN ANAI-ANAI





 Lds Pest Control: Tajuk Kerja : Kawalan Anai2
Teknik Kerja : Corrective Soil Treatment (CST)
Part of Job : Bancuhan Pesticide


 Lds Pest Control: Description
Anai-anai dah makan kabinet dapur, frame pintu atau lantai pakir..teknik mana yang paling sesuai?

Rawatan Tanah Untuk Menghapus Anai-Anai Di Rumah Teres, Rumah 2 tingkat, semi-d, bunglow atau premis.

Terdapat perbahasan di dalam industri syarikat pest control dan juga pengguna, kaedah mana yang paling berkesan untuk menghapus anai-anai yang sudah memakan frame-frame kayu didalam rumah?.  Sama ada kaedah paling klasik iaitu rawatan tanah atau orang kampung saya panggil soil treatment atau umpan yang juga dikenali sebagai baiting. Kita guna kaedah omputih la ye senang sikit nak type hehe…

Ramai pengusaha di dalam industri pest control akan mengatakan kaedah kawalan mengguna liquid lebih berkesan berbanding mengguna baitingyang kerap kali mengguna serbuk IGR (insect growth regulator) untuk meracun secara slow and steady dan seterusnya membunuh keseluruhan koloni anai-anai di bawah premis anda.

Mengguna penyuntik @ injector khas untuk menyebarkan racun serangga dan seterusnya membunuh anai-anai yang berada di bawah tanah, Kenapa kaedah kawalan liquid atau soil treatment lebih berkesan?
Kaedah drill dan suntik racun anti anai-anai akan menyerap ke dalam tanah dan akan bertindak menjadi barrier (perisai) di bawah slab lantai rumah anda.Kaedah ini lebih berkesan kerana ia “shoot to kill”, nampak aje tembak dan bunuh. Kadar kematian (mortality) lebih tinggi atau menghapus keseluruhan koloni anai-anai.Barrier yang terjadi akan kekal di dalam tanah untuk tempoh masa yang panjang.Racun yang disuntik akan bertindak sebagai benteng pertahanan menghalang anai-anai dari memasuki rumah, Kos rawatan hanya dikeluarkan 1 kali sahaja.Terdapat syarikat yang menawarkan pakej dengan pemantauan selama 6 bulan atau 1 tahun.Racun anai-anai akan menjadi benteng pertahanan di bawah tanah.

Kenapa perlu berfikir dengan lebih panjang untuk mengguna kaedah baiting?
Serbuk ini mudah dicemari oleh unsur luar yang akan menjadikan umpan tersebut tidak mendapat perhatian anai-anai. Unsur yang boleh mencemarkan umpan kemungkinan juruteknik tidak mengguna sarung tangan, menghisap rokok, tidak mencampur kuantiti air yang secukupnya dan tidak akan mendekati umpan tersebut. Sebab-sebab lain mungkin terdapat kebocoran air dan masih terdapat banyak sumber-sumber makanan anai-anai dari kayu seperti frame pintu, tingkap dan lain-lain.
Memerlukan pemantaun setiap 1-3 bulan dan kos mengganti baiting station akan dicaj.
Kemungkinan umpan tidak berjaya atau anai-anai suka bahan tersebut agak besar. Untuk pengetahuan anda anai-anai sangat memilih bahan yang untuk dimakannya.

Kaedah soil treatment walaupun dikatakan teknik kawalan anai-anai yang telah ketinggalan zaman, tetapi masih dipraktikkan sewaktu pra-pembinaan sesebuahi rumah atau bangunan untuk menghalang anai-anai dari menyerang premis tersebut selepas premis itu siap dibina dan selepas pembinaan dengan kaedah menebuk dan menyuntik racun seperti yang dibincangkan di atas.
Sekiranya anai-anai telah merosakkan kebanyakkan struktur kayu di dalam rumah, kaedah soil treatment adalah sangat-sangat dicadangkan berbanding kaedah umpan.













No comments:

Post a Comment