Pre-post construction atau selepas rumah atau bangunan telah siap dibina atau kerap kali disebut rawatan tanah atau corrective soil treatment adalah teknik untuk menghapus anai-anai jika rumah diserang anai-anai. Kerap kali teknik ini akan dicadangkan kepada pemilik rumah untuk kawalan jangka masa yang panjang berbanding sistem umpan yang juga berkesan cuma memerlukan masa dan kekerapan rawatan yang lebih kerap.
Harga untuk corrective soil treatment untuk menghapus anai-anai boleh dikatakan “agak mahal” tetapi kosnya untuk premis atau rumah persendirian tidak akan melebihi RM2,000- 5,000 (mengikut saiz premis dan tempoh jaminan yang ditawarkan). Sebaliknya jika anai-anai sudah merosakkan struktur kayu seperti bumbung rumah, kos untuk membaikpulih adalah amat tinggi berbanding kos merawat anai-anai.
Harga berbeza diberikan adalah berdasarkan;
Bagaimana keadaan serangan anai-anai dipremis tersebut, adakah peringkat awal, pertengahan dan sudah diperingkat sangat teruk.
Saiz premis tersebut, sebagai contoh jika rumah teres 20×70 kebiasaannya, lubang yang akan digerudi ialah sebanyak 120-150 lubang atau lebih.
Kepekatan campuran racun, sebagai contoh campuran 125 ml racun : 40 bahagian air dan 125 ml racun : 80 bahagian air akan memberi kesan dan tempoh perlindungan yang berbeza. Lagi pekat campuran racun dan air, kesan perlindungan adalah lebih lama. Jaminan yang diberikan juga berbeza mengikut campuran, lebih pekat lebih lama dan sebaliknya.
Jaminan paling minima 1 tahun dan maksima 5 tahun.
RACUN YANG SYARIKAT KAMI GUNAKAN
▪Menggerudi lubang 50cm antara setiap lubang.
▪Jarak 15 cm dari dinding
Pum campuran Premise 200 SC 5-6 liter ke dalam setiap lubang. Campuran racun anai-anai ini akan mengembang dibawah tanah dan akan menghasilkan “perisai” bagi menghalang anai-anai di bawah tanah untuk keluar atau masuk semula. Jika ada percubaan untuk keluar dan masuk anai-anai yang terkena “perisai’ ini akan mati
Ketahanan campuran ini akan bertahan untuk 2-5 tahun mengikut kepekatan campuran sebagai contoh 13 ml : 10 bahagian air seperti kajian Bayer akan memberi jaminan akan bertahan selama lebih kurang 2-3 tahun, sekiranya 25ml racun : 10 liter air akan bertahan untuk lebih kurang 5 tahun.
No comments:
Post a Comment