Monday, 7 January 2019

RACUN BAYER ( PREMISE 200SC)




Bayer adalah pengeluar racun serangga dan pharmaceutical sejak dari tahun 1863, oleh itu kredibiliti Bayer sebagai pengeluar racun serangga yang sangat berkesan tidak dapat disangkal lagi. Racun serangga yang dihasilkan oleh Bayer sangat bermutu dan penggunaan racun-racun serangga hasil dari kajian ratusan tahun ini akan memberi kesan yang amat memuaskan hati di mana para pelanggan amat jarang membuat aduan mengenai kehadiran anai-anai selepas rawatan dibuat.

Walaupun harganya 3 kali ganda mahal berbanding racun-racun serangga keluaran syarikat lain namun pelaburan untuk mengguna produk seperti Premise 200 SC sangat berbaloi.

Rawatan anai-anai bukanlah mudah kerana ia melibatkan 1 koloni yang bermastautin di bawah tanah. Semburan permukaan (surface spraying) hanya membunuh anai-anai pekerja sahaja. Sedangkan permaisuri yang begitu produktif akan menghasilkan ribuan anai-anai pekerja yang menggantikan anai-anai yang telah mati tadi, jadi kalau hanya setakat sembur di atas permukaan sahaja,  anda hanya membuang masa!. Nasihat kami jika hadapi serangan anai-anai janganlah cuba untuk bertindak sendiri, panggillah pakar untuk menghapusnya.
Kami di LDS TERMITE Pest Control sebelum ini mengguna racun serangga keluaran syarikat yang kurang ternama. Malangnya aduan selepas rawatan agak kerap terjadi, sebaliknya selepas kami mengguna Premise 200 SC aduan untuk membuat rawatan susulan adalah sifar buat masa ini.






No comments:

Post a Comment